Pemuliharaan Panda Gergasi

Republik Rakyat China telah lama menggunakan pendekatan "Diplomasi Panda" sebagai simbolik hubungan persahabatan antara China dan negara-negara yang mempunyai hubungan akrab dengannya.

Pemuliharaan panda gergasi di Malaysia

Rencana utama: Panda China di Malaysia.Liang Liang, panda gergasi (betina) sedang tidur diatas bongkah garam di GPCC, Zoo Negara Malaysia pada Jun 2014.

Dua ekor panda gergasi yang diberi nama Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) (dinamakan semula oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dengan nama Liang Liang (betina) dan Xing Xing (jantan)), masing-masing berumur 8 tahun, telah dipinjamkan oleh Pemerintah China ke Malaysia selama 10 tahun bagi menandakan hubungan akrab 40 tahun kedua-dua negara.[6] Kedua-dua ekor panda yang berasal dari Pusat Konservasi Panda, Chengdu China dipinjamkan ke Malaysia dibawah Program Perjanjian Kerjasama Pemuliharaan Panda Gergasi Antarabangsa. Menurut perjanjian yang ditandatangi pada tahun 2012, Malaysia berpeluang menjalankan aktiviti kajian pemuliharaan berkaitan panda, selalin membangunkan pakar pengkaji berkenaan haiwan tersebut untuk tempoh 10 tahun. Dilaporkan jika Malaysia berjaya menjaga panda gergasi keduanya juga berjaya mengeluarkan 2 ekor anak. Zoo Negara dibenarkan memelihara dua ekor anak panda tersebut dan ibubapa dihantar pulang ke China apabila anaknya sudah berumur 3 tahun. [7]

Kedua-dua ekor panda gergasi tersebut telah sampai ke Malaysia pada 21 Mei 2014 dari RRC selepas tertangguh selama 2 bulan akibat kehilangan pesawat Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia. Ketibaan dua ekor panda gergasi tersebut adlah di KLIA sebelum dikuarintin selama sebulan di Kompleks Konservasi Panda Gergasi, Zoo Negara Malaysia. [8]Menurut Menteri Alam Sekitar Malaysia, Palanivel Govindasamy, sebanyak RM 60 juta diperuntukkan untuk kemudahan pemuliharaan kedua-dua ekor panda tersebut, termasuk RM 24 juta untuk pembinaan Komplek Konservasi Panda di Zoo Negara Malaysia yang memerlukan kemudahan penghawa dingin sepenuhnya.[9]

Pada 11 Julai 2015, dua kali usaha telah dilakukan oleh pihak Zoo Negara untuk mengawankan kedua-dua ekor panda tersebut, namun usaha itu dilihat gagal kerana walaupun sudah setahun mereka berada di Zoo Negara. [10]

Namun pada 18 Ogos 2015, jam 1.45 petang waktu Malaysia, Liang Liang (panda betina) dilihat melahirkan seekor anak panda betina. Hal ini mengejutkan pihak Pusat Konservasi Panda Zoo Negara, kerana tiada tanda tanda yang menunjukkan Liang Liang bunting dan mengandung sepanjang tempoh penjagaan di zoo walaupun kedua-dua panda itu diawas dengan ketat oleh pakar-pakar haiwan tersebut serta para doktor vaterinar yang didatangkan khas dari China. [11]

Rujukan

WikiPedia: Panda Gergasi http://www.zoovienna.at/grosserpanda.html http://lifechange.blogspot.com/2003/10/what-do-you... http://giantpanda.htmlplanet.com/ http://www.irishtimes.com/newspaper/world/2009/072... http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/artic... http://news.xinhuanet.com/english/2009-07/24/conte... http://www.zoo-berlin.de/tiere/tier_prom_baobao.ht... http://nationalzoo.si.edu/Animals/GiantPandas/ http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/08/18/P... http://www.aza.org/ConScience/PandaPublicEye/